Senin, 15 Oktober 2007

Java

Java

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bahasa pengaturcaraan Java merupakan sejenis bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek dah telah dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompilasi kepada kod asli (mesin) ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan (runtime). Java dikhaskan untuk dikompilasi kepada kodbait (bytecode) (ia boleh juga dikompilasi kepada kod asli menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM).

Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaksis daripada bahasa pengaturcaraan C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah.

Java sebenarnya tiada kaitan dengan Javascript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaksis yang seakan-akan C.

Ciri-ciri Java

  • Mudah untuk dipelajari. Bagi mereka yang sudah mengetahui bahasa pengaturcaraan C atau C++, bahasa Java menjadi mudah dipelajari, disebabkan sintak yang banyak persamaan.
  • Tulis kurang kod. Program yang ditulis menggunakan Java biasanya empat kali lagi kurang kod berbanding jika ianya ditulis menggunakan C++.
  • Tulis kod lagi baik. Disebabkan Java ialah bahasa pengaturcaraan yang berorentasikan objek, penggunaan semula kod yang sudahpun ditulis memperbolehkan kadar kesalahan kod dapat dikurangkan.
  • Pembangunan program-program lagi cepat. Menggunakan Java juga memperbolehkan pembangunan program yang lagi cepat dilakukan dan jumlah baris kod yang lagi kurang diperlukan.
  • Menngelakkan kebergantungan platform. Program yang dibangunkan oleh bahasa java ialah program yang dapat dilarikan dimana-mana platform

    Perisian Pembangunan Java

    Penghasilan perisian menggunakan bahasa Java bole dilakukan dengan berbantukan perisian persekitaran pembangunan java (Java IDE). Salah satu perisian populer tersebut ialah Netbean dan ianya percuma. Perisian ini bukan sahaja memperbolehkan kita melakukan kerja-kerja pengaturcaraan biasa, malah program ini juga menyokong konsep pembangunan perisian mengunakan kaedah terkini seperti menggunakan UML. Melalui kaedah UML, pembangun perisian cuma perlu merekacipta model dan kod java dijana oleh perisian. Kitar pembangunan perisian menjadi sangat pantas.

1 komentar:

Jemiro mengatakan...

wah, nice nice, kebetulan saya pengguna java nih :D hehe